SEJARAH
ALOR GAJAH,
KAMPUNG
SAYA
(Siti
Farah bte Saiful Bahari, 1 Tegas, Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru)
Saya
dilahirkan di Alor Gajah, Melaka pada 8.9.1989. Alor Gajah sudah berubah
daripada satu kampung kepada satu pekan kecil dengan bangunan-bangunan
batu yang dibina sebelum perang dunia II.
Pekan
Alor Gajah sekarang:
Saya
telah menemubual Ketua Kampung Alor Gajah, Tuan Baharuddin Mohd Tahir
mengenai asal usul kampung saya.Menurut
beliau, pada awalnya Alor Gajah adalah hutan. Dalam kurun ke-1500, apabila
Portugis menyerang Malacca, Sultan Mahmud Shah lari ke Johor melalui Tangkak,
Johor. Orang-orang lain pindah dari Malacca dan tiba di satu kawasan lebih
kurang 2 kilometer selepas tapak pekan Alor Gajah. Tempat baru yang mereka
tiba dikenali sebagai Melaka Pindah.
|
Mereka menggunakan
kuda untuk perjalanan mereka. Untuk mengangkut barang-barang, mereka menggunakan
gajah. Akibat dilalui gajah-gajah, sebahagian hutan tersebut terjadi laluan
atau alur yang dipanggil “Alor Gajah”.
|
Beberapa keluarga yang datang dari Melaka membuat rumah di laluan tersebut sebelum sampai di Kampung Melaka Pindah. Nama perkampungan ini menjadi Kampung Baru Alor Gajah.
Sebelum
tiba di Alor Gajah terdapat satu kampung bernama Solok Gajah Mati, Mukim
Sungai Petai. Di sinilah gajah-gajah yang tua dilepaskan dan mati.
|
|
Di sebelah Stesen Bas Alor Gajah dan berhadapan dengan Pasar Alor Gajah adalah Kampung Baru Alor Gajah, yang dipercayai tapak asal laluan gajah dan tempat mula-mula orang-orang dari Melaka membuat rumah.
Selain daripada itu, kawasan-kawasan sekitar Kampung Baru Alor Gajah diduduki orang seperti Kampung Jelatang, Kg Sungai Petai, Kg Pegoh, Kg Paya Datuk, Kg Pengkalan, Kg Rumbia, Kg Ayer Pa’abas, Kg Padang Kambing dan Solok Haji Zakaria, Kg Tebat, Kg Kelemak, Kg Melekek, Kg Paya Rumput.
Di
tengah-tengah Alor Gajah terdapat Dataran Keris dan Muzium Alor Gajah.
Ditempatkan dalam muzium ini ialah barang-barang purba yang diperolehi
daripada penduduk kampung-kampung tersebut. Sebahagian besar penduduk adalah
petani padi kerana kawasan ini rata dan iklim sesuai untuk menanam padi.
Barang-barang
dalam Muziumterdiri daripada perkakasan
pertanian, dan nelayan. Terdapat juga basikal antik dan barangan peralatan
dalam rumah.
|
Siasatan
saya juga mendapati bahawa terdapat satu lagi versi bagaimana kampung saya
mendapat nama Alor Gajah.Selepas
pihak Belanda menewaskan Portugis di Melaka, mereka juga menghadapi tentangan
daripada penduduk tempatan.
Menurut
Tuan
Haji Kassim bin Haji Yunos, 70 tahun, nama pekan ini datang daripada
perkataan “Alligeah” iaitu satu perkataan Belanda yang bermaksud
“Kesetiaan”.Dalam bahasa Inggeris
bermaksud “Allegiance” (kesetiaan).(loyalty, faithfulness, fidelity,
adherence, constancy, deference, devotion, homage – [Sumber Family Word
Finder, Readers’ Digest-1975] |
[Alligiance
= From Middle English, Anglo French, (Ligeance Old French – Sumber
:The Concise Oxford Dictionary, Oxford University Press, 1974]
Menurut
Tuan Haji Kassim, seorang bekas Pegawai Penempatan Pejabat Daerah, Alor
Gajah, ada seorang askar Belanda yang terbunuh semasa berperang dengan
pahlawan tempatan di hutan Alor Gajah. Kuda dan anjingnya menunggu dengan
setia sebelah mayat askar itu selama beberapa hari sehingga turut mati.
Untuk mengenangkan kesetiaan kuda dan anjing tersebut, bangkai-bangkai haiwan tersebut telah dikuburkan sebelah kubur askar itu.
Sempena kesetiaan binatang itu kepada tuannya, tempat ini telah dinamakan “Allgeah”, yang lama kelamaan bertukar menjadi “Alor Gajah”. Kubur-kubur itu masih wujud, dan terletak di dalam kawasan sekolah lama saya, Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1.
|
Kubur
kuda dan anjing di belakang sekolah |
Inilah sekolah lama saya. Saya belajar di sekolah ini dari TM 1995 (Darjah 1) hingga TM 2001 (Darjah 6). Ia terletak dipusat pekan Alor Gajah.
[Sumber:
Pejabat Tanah dan Galian, Alor Gajah]