PANDAN PROSEDUR  PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Pesuruhjaya sumpah terdapat di Mahkamah Melaka.

Pengurusan telah melantik seramai 14 orang Pesuruhjaya Sumpah di Melaka Tengah dan di dua buah Daerah, iaitu Alor Gajah dan Jasin yang bergilir-gilir berkhidmat kepada orang awam. Jika anda sampai di Mahkamah Melaka tanya dan anda akan diarah ke kaunter Pesuruhjaya Sumpah di Lobi tingkat bawah Blok A.

 

KAUNTER PESURUHJAYA SUMPAH

Pesuruhjaya yang bertugas selalunya adalah seperti jadual berikut :

MAHKAMAH MELAKA TENGAH (AYER KEROH)

Hari

Pagi

Petang

 

8.00 pg – 1.00 t/h

2.00 ptg – 4.15 ptg

Isnin

Sufian Abd Kadir

G Narayasamy

Selasa

Saiful Bahari

Rohana Ahmad

Rabu

Ainah Sulaiman

M Kumutha

Khamis

Hjh Anida Haron

Gan

Siok Gim

 

 

8.00 pg – 12.15 ptg

2.45 ptg – 4.30 ptg

Jumaat

Tamil Selvi

 

Norma Said

 

G Geetha






 

 

8.00 pg – 12.50 ptg

Sabtu

Ong Swee Lan

 

MAHKAMAH MAJISTRET ALOR GAJAH

A. Kumaran

 

MAHKAMAH MAJISTRET JASIN

Hamzah Mohammad

S Kalaiyarasi

 

Kaunter ini mengikuti waktu bekerja rasmi dan tutup pada hari Ahad dan hari pelepasan Am. Secara dasar seorang Pesuruhjaya Sumpah mengakusaksikan tandatangan deponen dan mengesahkannya dengan menurunkan tandatangan sendiri dengan copkan meterinya pada dokumen yang disempurnakan selepas memastikan deponen memahami kandungan. 

 

PERATURAN ASAS UNTUK MENGAKUSAKSIKAN DOKUMEN

Terdapat beberapa peraturan asas untuk mendapatkan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah.

q       Orang yang perlu disaksikan tandatangan oleh Pesuruhjaya Sumpah hendaklah hadir sendiri

q       Beliau mesti membawa dokumen pengenalan diri seperti Kad Pengenalan, slip pengenalan sementara yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran Kad Pengenalan Tentera atau paspot jika beliau bukan warganegara.

 

SURATCARA

Suratcara yang hendak ditandatangani hendaklah dalam Bahasa Malaysia ata Bahasa Inggeris.

Suratcara yang selalu di bawah adalah Surat Akuan semasa perlantikan ke dalam perkhidmatan kerajaan, perjanjian biasiswa MARA, surat akuan dalam borang permohonan gantian buku ASN/ASB atau untuk mengeluarkan simpanan pelabor yang telah meninggal dunia, borang JPJ penukaran hakmilik kenderaan, peristiharan harta oleh staf Telekom, borang pencen oleh balu, Surat Lucuthak atau Persetujuan dalam pembahagian harta, penukaran atau pembetulan nama atau butir-butir lain, borang anak angkat, borang perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, Afidavit dan semua suratcara yang perlu ditandatangani di hadapan Majistret, Hakim Sesyen, Pesuruhjaya Sumpah atau pegawai yang diberi kuasa untuk mentadbir sumpah.

 

FEE PESURUHJAYA SUMPAH

Ada suratcara yang menurut Akta Setem, 1959 dikenakan Cukai Stem. Ada yang dikecualikan. Suratcara yang dikecualikan Cukai Stem juga dikecualikan daripada fee pesuruhjaya sumpah. Berikut adalah ringkasan kedudukan tersebut:
Pesuruhjaya Sumpah dibenarkan di bawah Akta tersebut untuk membatalkan stem, di mana stem telah dilekatkan atas suratcara. Jika suratcara lain, deponen perlu pergi ke Pejabat Hasil Stem untuk matikannya. 
Fee Pesuruhjay sumpah untuk suratcara yang dikenakan bayaran adalah seperti berikut:

EKSHIBIT KEPDA AFIDAVIT DAN SURAT AKUAN

Jika Afidavit atau surat akuan merujuk kepada salinan dokumen yang dilampirkan bersamanya, jangan lupa mendapatkan cop perakuan ekshibit di atas lampiran itu.  Lampiran-lampiran itu adalah sebahagian daripada afidavit atau surat akuan itu.

PANDAN PROSEDUR      PERKHIDMATAN

 

LANTIKAN SEBAGAI PESURUHJAYA SUMPAH SWASTA

 

Perlantikan seorang Pesuruhjaya Sumpah adalah dengan membuat permohonan kepada Ketua Hakim Negara, Mahkamah Persekutuan menggunakan borang yang ditetapkan. Perlantikan adakalah dibuat di bawah peruntukan Seksyen 11 Akta Mahkamah Keadilan 1964. Bukan semua orang yang memohon akan dilantik. Terdapat syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi. Sebelum Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah dikenalkan, perlantikan telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan. Selepas dilantik satu Sijil Perlantikan ditandatangani oleh Ketua Pendaftar bagi pihak Ketua Hakim Negara diberi kepada calon yang berjaya. 

 

KELAYAKAN

Pemohon hendaklah memiliki sijil MCE/SPMA atau setarafnya, seorang warganegara Malaysia, berumur 18 ke atas dan berkelakuan baik.

 

SYARAT-SYARAT

Pemohon hendaklah memohon menggunakan borang yang ditetapkan (boleh muatturun borang di sini ) melampirkan salinan sijil MCE/SPM (hanya sijil ini sahaja tak perlu yang lebih tinggi atau rendah), dua pucok surat kepada Ketua Hakim Negara ("kepada yang berkenaan" tidak boleh) daripada orang penting, salah seorang yang masih berkhidmat dengan Kerajaan dan bukan yang telah bersara, dan dalam surat mengesahkan kelakuan baik dan pengetahuan pemohon yang menyokong permohonan, mengapa pemohon harus dilantik, mengapa permohonan disokong, tiga keping gambar berukuran paspot yang terbaru, alamat perniagaan, dan pemohon hendaklah fasih mengenai Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1990 (boleh muatturun di sini)  dan bersedia menghadiri temuduga apabila dipanggil dan menjawab soalan-soalan mencabar kepintaran di Palace of Justice Putrajaya. Jika ruang dalam borang tidak mencukupi untuk menyebut semua pengalaman sila catit "Lihat Lampiran" dan lampirkan dalam bentuk senrai bersama borang permohonan. Borang hendaklah dikemukakan kepada lamat yang disebut dalam borang pada bila-bila masa sepanjang tahun. Tetapi temuduga hanya dilakukan dua kali setahun atau sepertimana difikirkan wajar oleh Bahagian Pesuruhjaya Sumpah. Anda tidak perlu menyertakan bayaran RM 20 (lesen untuk setahun) atau RM 240 (untuk 2 tahun) bersama borang permohonan. Jika anda lulus temuduga anda akan dihubungi dan diminta wang tersebut. Semasa temuduga soalan-soalan menguji pengetahuan calon mengenai Kaedah dan mengenai jenis pelbagai suratcara dalam pelbagai keadaan. Walaupun anda telah menjawab semua soalan dengan betul ia masih menjadi budibicara Ketua Hakim Negara samada hendak lantik anda atau tidak kerana terdapat faktor lain seperti keperluan seorang lagi pesuruhjaya di kawasan yang anda mohon di mana anda bakal hendak berniaga. Jangan cuba pasang "kabel" untuk mendapatkan anda jawatan ini kerana anda hanya akan mendapatkannya jika anda telah ditakdirkan. .

 

PANDAN PROSEDUR      PERKHIDMATAN