Assignment 2
Home  My family My Cat  My links     Myself     My school  My friends   My Assignments  My Search

Perkampungan Portugis

(Portuguese Settlement) di Melaka

Perkampungan Portugis atau Portuguese Settlement, terletak lebih kurang 5 Km di kawasan Ujong Pasir,Melaka. Pengunjung yang datang daripada Pusat Bandar Melaka, Banda Hilir, atau Muara Sungai Melaka melalui Jalan Parameswara, Jalan Bukit China, sampailah di Jalan Ujong Pasir dengan menaiki kereta, basikal atau beca.

Perkampungan ini terletak ditepi pantai. Pantainyalandai dan menjadi tempat hidupan marin sebagai kerang, udang dan ikan mengikut musim. Keadaan geografi ini telah menarik kaum ini menetap di sini dan telah menjadikan laut sebagai sumber pendapatan mereka. .

Masyarakat Portugis mula-mula datang ke sini di sekitar tahun 1511 selepas pihak Portugis menawan Melaka.

Perkampungan ini mempunyai lebih kurang 2000 penduduk sekarang berbangsa portugis dan ramai memiliki rumah sendiri. Kerajaan Negeri Melaka telah mengeluarkan geran tapak kepada penduduk di sini. Aktiviti sosial mereka adalah pada hari Ahad di sekitar Gereja. Hampir keseluruhan kaum ini beragama Kristian dan terdapat beberapa keluarga yang telah kahwin campur dengan kaum Cina dan memeluk agama Buddha. Ada yang telah masuk Islam dan berkahwin dengan wantia Melayu.

Jalan-jalan yang terdapat di sini adalah Albuquerque Avenue, Sequeira AvenueEredia Avenue, Ruas Avenue. Pewrkataan Avenue sekarang telah ditukarkan kepada Jalan .

Terdapat juga Canossa College, sekarang digelar Sek.Men. Canossa

Nama-nama orang portugis di sini adalah seperti Diogo Lopes de Squeira, Vasco de Gama, Alfonso de Albuquerque, Bairro Irmas Cnossianas, Castello de Paiva, Antonio de Almedida, Caminho de Letores, Gerard de Fernandis dan sebagainya kebanyakan nama mirip Latin Amerika.

Pada asal mereka adalah nelayan bergantung pada laut untuk mencari rezeki. Ramai anak-cucu mereka tidak lagi jejak langkah nenek moyang mereka membuat kerja nelayan, tetapi telah berpelajaran tinggi dan memegang jawatan di sektor swasta dan pejabat kerajaan. Timbalan Pendakwa Raya Melaka, Tuan Anselm Charles Fernandis adalah portugis berasala dari sini. Perkampungan mereka telah menjadi tarikan pelancong kerana mereka mempunyai kebudayaan tersendiri dengan lagu dan tarian mereka. Mereka juga mempunyai bahasa sendiri, Christang (Christ Tongue) dan baju tradisional sendiri. Lagu Jingli Nona yang terkenal adalah dalam bahasa postugis

Memandangkan sumbangan mereka kepada pembangunan industri pelancongan, masyarakat Portugis telah dibenarkan membeli Amanah Saham Nasional oleh Kerajaan Pusat.

Ketua Kampung mereka di gelar REGEDOR, wakil komuniti kepada Kerajaan MelakaDi sebelah pejabat Regedor terdapat Medan Portugis(Praca Portuguesa) , yang mempunyai kedai-kedai yang menjual cenderahati dan kraftangan buatan kaum nelayan.

Masih ramai lagi yang meneruskan aktiviti menangkap ikan sebagai hobi atau untuk menambahkan pendapatan.

-sumber: En. Bosco Lazaroo, Presiden Persatuan Portuguese Serani Malaysia.