Assignment 1
Home  My family My Cat  My links     Myself     My school  My friends   My Assignments  My Search

SEJARAH ALOR GAJAH, 

KAMPUNG SAYA

(Siti Farah bte Saiful Bahari, 1 Tegas, Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru)

Saya dilahirkan di Alor Gajah, Melaka pada 8.9.1989. Alor Gajah sudah berubah daripada satu kampung kepada satu pekan kecil dengan bangunan-bangunan batu yang dibina sebelum perang dunia II. 

Pekan Alor Gajah sekarang:

Saya telah menemubual Ketua Kampung Alor Gajah, Tuan Baharuddin Mohd Tahir mengenai asal usul kampung saya.Menurut beliau, pada awalnya Alor Gajah adalah hutan. Dalam kurun ke-1500, apabila Portugis menyerang Malacca, Sultan Mahmud Shah lari ke Johor melalui Tangkak, Johor. Orang-orang lain pindah dari Malacca dan tiba di satu kawasan lebih kurang 2 kilometer selepas tapak pekan Alor Gajah. Tempat baru yang mereka tiba dikenali sebagai Melaka Pindah.
 
Saya menemubual Ketua Kampung
Mereka menggunakan kuda untuk perjalanan mereka. Untuk mengangkut barang-barang, mereka menggunakan gajah. Akibat dilalui gajah-gajah, sebahagian hutan tersebut terjadi laluan atau alur yang dipanggil “Alor Gajah”.

Beberapa keluarga yang datang dari Melaka membuat rumah di laluan tersebut sebelum sampai di Kampung Melaka Pindah. Nama perkampungan ini menjadi Kampung Baru Alor Gajah.

Sebelum tiba di Alor Gajah terdapat satu kampung bernama Solok Gajah Mati, Mukim Sungai Petai. Di sinilah gajah-gajah yang tua dilepaskan dan mati.
 
Kampung Melaka Pindah, Alor Gajah
Solok Gajah Mati, Mukim Sungai Petai

Di sebelah Stesen Bas Alor Gajah dan berhadapan dengan Pasar Alor Gajah adalah Kampung Baru Alor Gajah, yang dipercayai tapak asal laluan gajah dan tempat mula-mula orang-orang dari Melaka membuat rumah.

Selain daripada itu, kawasan-kawasan sekitar Kampung Baru Alor Gajah diduduki orang seperti Kampung Jelatang, Kg Sungai Petai, Kg Pegoh, Kg Paya Datuk, Kg Pengkalan, Kg Rumbia, Kg Ayer Pa’abas, Kg Padang Kambing dan Solok Haji Zakaria, Kg Tebat, Kg Kelemak, Kg Melekek, Kg Paya Rumput.

Di tengah-tengah Alor Gajah terdapat Dataran Keris dan Muzium Alor Gajah. Ditempatkan dalam muzium ini ialah barang-barang purba yang diperolehi daripada penduduk kampung-kampung tersebut. Sebahagian besar penduduk adalah petani padi kerana kawasan ini rata dan iklim sesuai untuk menanam padi. 

Barang-barang dalam Muziumterdiri daripada perkakasan pertanian, dan nelayan. Terdapat juga basikal antik dan barangan peralatan dalam rumah.


 
Tuan Hj Kassim
Siasatan saya juga mendapati bahawa terdapat satu lagi versi bagaimana kampung saya mendapat nama Alor Gajah.Selepas pihak Belanda menewaskan Portugis di Melaka, mereka juga menghadapi tentangan daripada penduduk tempatan.

Menurut Tuan Haji Kassim bin Haji Yunos, 70 tahun, nama pekan ini datang daripada perkataan “Alligeah” iaitu satu perkataan Belanda yang bermaksud “Kesetiaan”.Dalam bahasa Inggeris bermaksud “Allegiance” (kesetiaan).(loyalty, faithfulness, fidelity, adherence, constancy, deference, devotion, homage – [Sumber Family Word Finder, Readers’ Digest-1975] 

[Alligiance = From Middle English, Anglo French, (Ligeance Old French – Sumber :The Concise Oxford Dictionary, Oxford University Press, 1974]

Menurut Tuan Haji Kassim, seorang bekas Pegawai Penempatan Pejabat Daerah, Alor Gajah, ada seorang askar Belanda yang terbunuh semasa berperang dengan pahlawan tempatan di hutan Alor Gajah. Kuda dan anjingnya menunggu dengan setia sebelah mayat askar itu selama beberapa hari sehingga turut mati. 

Untuk mengenangkan kesetiaan kuda dan anjing tersebut, bangkai-bangkai haiwan tersebut telah dikuburkan sebelah kubur askar itu.

Sempena kesetiaan binatang itu kepada tuannya, tempat ini telah dinamakan “Allgeah”, yang lama kelamaan bertukar menjadi “Alor Gajah”. Kubur-kubur itu masih wujud, dan terletak di dalam kawasan sekolah lama saya, Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1.


 
Sek.Keb. A.G. (1)

Kubur kuda dan anjing di belakang sekolah

Inilah sekolah lama saya. Saya belajar di sekolah ini dari TM 1995 (Darjah 1) hingga TM 2001 (Darjah 6). Ia terletak dipusat pekan Alor Gajah.

Lokasi Kampung saya

Alor Gajah terletak 28 kilometer daripada Bandar Melaka dan 16 kilometer daripada Tampin. Lihat peta Negeri Melaka di bawah:

[Sumber: Pejabat Tanah dan Galian, Alor Gajah]